KUALA LUMPUR – “UPSI berduka 9 Jun 2025”.
Kenyataan ringkas ini dibuat menerusi hantaran Facebook Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Prof. Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata, beliau mendoakan agar segala urusan buat pelajar UPSI yang terlibat dalam kemalangan jalan raya awal pagi ini dipermudahkan.
Kira-kira 15 maut termasuk penuntut UPSI selepas sebuah bas charter dari Jertih ke kampus telah terlibat dalam kemalangan serius berhampiran Puncak Titiwangsa.
Seramai 13 mangsa dilaporkan maut di lokasi.
Manakala dua lagi meninggal dunia di Hospital Gerik.
Difahamkan ketika ini, tujuh mangsa berada dalam zon merah, 20 zon kuning, dan enam dalam zon hijau. – MalaysiaGazette















