Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Kerajaan memerlukan persetujuan semua pihak untuk melaksanakan pembaharuan secara total kerana prosesnya perlu dilakukan beransur-ansur, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri mengakui ada pihak yang mempersoalkan kepesatan reformasi di bawah pentadbirannya terdapat kemajuan yang dibuat namun tidak sepantas yang diharapkan.

“Bagi mereka yang tidak sabar dan mahu cepat, mereka dibutakan oleh fakta dan realiti. Pakatan Harapan (PH) mempunyai 81 ahli Parlimen termasuk 31 daripada PKR dan ia bukan majoriti mudah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap ketika melancarkan Pusat Kecemerlangan Kajian dan Inovasi Ekonomi Islam (i-RISE), di sini, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Peluncuran Centre Of Excellence For Research And Innovation In Islamic Economies (I-Rise) di Sasana Kijang, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 10 JUN 2025.

Mengulas lanjut, Anwar yang yang juga Pengerusi PH berkata, gabungan parti sedia ada di bawah kerajaan mesti bekerjasama untuk melaksanakan pembaharuan yang diperlukan.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada UMNO dan Barisan Nasional yang menjadi salah satu tonggak teras apabila menunjukkan komitmen untuk melakukan pembaharuan.

“Proses melaksanakan pembaharuan tidak boleh dipandang remeh kerana ia masih memerlukan rundingan, perbincangan dan penglibatan penting.

“Jika kita tidak mendapat kata sepakat dengan pihak utama termasuk GPS dan GRS, bagaimana kita akan mendapat sokongan untuk program seperti ini?” katanya.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Subang, Wong Chen berkata, beliau sedang berehat selama dua minggu untuk memikirkan masa depannya dalam politik.

Ini kerana pemimpin PKR itu melahirkan kebimbangan PH telah menghabiskan masa selama 15 tahun membentuk kerajaan tetapi hanya menunjukkan sedikit kemajuan dari segi pembaharuan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast