Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Sudah sampai masa beberapa strukur asas kewangan dan perbankan Islam dinilai semula, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, penilaian struktur itu bukan hanya untuk membebaskan sistem itu daripada riba tetapi selari dengan kerangka maqasid syariah yang menekankan  keadilan, pemampanan dan nilai kemanusiaan.

“Kita sudah capai kejayaan asas di peringkat awal dan sudah sampai masa di mana beberapa premis asas dalam kewangan dan perbankan Islam dinilai semula.

“Tidak hanya bebaskan sistem daripada riba tetapi tidak terlepas daripada kerangka maqasid syariah keadilan, pemampanan dan nilai kemanusiaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap ketika melancarkan Pusat Kecemerlangan Kajian dan Inovasi Ekonomi Islam (i-RISE), di sini, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan gimik Peluncuran Centre Of Excellence For Research And Innovation In Islamic Economies (I-Rise) di Sasana Kijang, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 10 JUN 2025.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, tadbir urus yang telus akan membolehkan sistem kewangan Islam berfungsi dengan baik.

Namun katanya, tanpa dasar ekonomi yang jelas dan telus, negara akan terus gagal menarik pelaburan domestik dan asing secara mampan.

“Teras utama dalam gagasan Madani bermula dengan kemampanan yang menuntut adanya kejelasan dalam dasar dan tadbir urus.

“Kejelasan ini penting untuk mengelakkan ketirisan serta membanteras rasuah yang berleluasa, kerana hakikatnya negara-negara Islam bukanlah miskin,” katanya. – MalaysiaGazette

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Peluncuran Centre Of Excellence For Research And Innovation In Islamic Economies (I-Rise) di Sasana Kijang, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 10 JUN 2025.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast