KUALA LUMPUR – Ikea menarik balik alat penekan bawang putih kerana kepingan logam kecilnya berisiko tertanggal semasa digunakan.

Kesilapan pengeluaran itu dikenal pasti selepas siasatan dalaman, kata Ikea dalam kenyataan disiarkan di media sosial.

Alat penekan bawang putih 365+ Vardefull berwarna hitam dengan nombor 201.521.58, 305.781.89, and 601.636.02.

Kumpulan yang terjejas mempunyai setem Tarikh 2411(YYWW) hingga 2522 (YYWW).

Produk yang terjejas boleh dikenal pasti melalui logo Ikea pada bahagian atas pemegang produk, katanya.

Produk yang terjejas boleh dipulangkan ke mana-mana kedai Ikea untuk bayaran balik penuh dan resit tidak diperlukan, kata syarikat itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast