Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan dua motosikal di Jalan Masai Kong-Kong, Pasir Gudang malam tadi.

PASIR GUDANG – Seorang penunggang maut dalam kemalangan melibatkan dua motosikal di Jalan Masai Kong-Kong di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata, pihaknya menerima makluman berhubung kemalangan itu pukul 8.30 malam melibatkan motosikal Honda Dash dan SYM BX110.

“Kemalangan dipercayai berlaku pada pukul 8 malam ketika dua lelaki warga Indonesia berusia 27 dan 40 tahun menaiki Honda Dash dari Ladang Sawit Keck Seng menghala ke Jalan Kong Kong.

“Ketika dalam perjalanan, motosikal yang mereka naiki tiba-tiba telah dilanggar SYM BX110 dari arah belakang ditunggang seorang lelaki warga tempatan berusia 31 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, perlanggaran itu menyebabkan penunggang SYM B 110 cedera parah di bahagian kepala dan disahkan maut di tempat kejadian.

Sementara penunggang serta pembonceng Honda Dash pula cedera dan dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di Johor Bahru bagi menerima rawatan.

Kes itu ujarnya, disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Orang ramai yang memiliki maklumat berhubung kejadian, boleh menyalurkannya kepada pihak polis menerusi talian 07-3864222 bagi membantu siasatan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast