THERAN – Jurucakap Angkatan Tentera Iran, Brigedier Jeneral Abolfazl Shekarchi, mengesahkan rejim Israel telah melancarkan serangan ke atas Tehran dan bandar-bandar di Iran sehingga memusnahkan harta benda termasuk kediaman.
Tegasnya, republik Islam itu berikrar untuk membalas semula serangan tersebut dengan lebih teruk
Shekarchi pada pagi Jumaat berkata serangan semalaman oleh rejim Israel, yang menurutnya telah dilakukan dengan sokongan Amerika Syarikat, akan menerima tindak balas yang berat.
Rejim Israel memulakan serangan ketenteraan di dalam dan sekitar ibu kota Iran, Tehran, serta beberapa bandar lain di Iran pada malam Jumaat.
Imej yang tersebar menunjukkan bangunan kediaman yang rosak di beberapa lokasi di ibu negara. Saksi dan wartawan TV negara itu berkata, mereka melihat mayat wanita dan kanak-kanak antara yang menjadi mangsa serangan tersebut.
Dalam beberapa hari kebelakangan ini, ketika laporan dari media AS dan Israel menyebut tentang serangan yang bakal berlaku ke atas Iran, pegawai Iran telah memberi amaran bahawa sebarang pencerobohan ke atas wilayah Iran akan membawa akibat yang amat dahsyat.
Amerika Syarikat sebelum ini telah memulakan proses pemindahan kakitangan kedutaan yang tidak penting dan ahli keluarga mereka dari rantau itu, selepas risikan AS menunjukkan bahawa Israel merancang untuk menyerang kemudahan nuklear Iran.
Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Setiausaha Negara AS Marco Rubio berkata bahawa Israel telah mengambil tindakan “sebelah pihak” terhadap Iran dan Amerika Syarikat tidak terlibat dalam serangan tersebut.
Ketua Komander Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC), Mejar Jeneral Hossein Salami, telah terbunuh dalam salah satu serangan oleh Israel.
Beberapa letupan turut berlaku di loji nuklear Natanz di Bushehr. -IRNA
IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast
















