Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan memuktamadkan mekanisme penyaluran pemberian insentif pembajakan dan penuaian kepada pesawah. dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara (FSCC) pada Isnin depan.

Maklumat lanjut berkenaan insentif ini akan dikongsikan dalam masa terdekat, kata KPKM dalam kenyataan hari ini.

KPKM berkata, ia mengambil maklum kenyataan yang telah dibangkitkan berhubung pemberian insentif tersebut.

Menurutnya, Kerajaan Madani sentiasa mendengar dan mengambil serius kebajikan dan kepentingan pesawah. Pelbagai langkah penambahbaikan telah dan sedang dirangka bagi memastikan segala insentif kepada pesawah disalurkan secara adil, tepat dan berkesan.

Menurutnya, semua tindakan yang diambil berasaskan libat urus bersama pihak industri, penyedia perkhidmatan dan pesawah.

KPKM menambah, kerajaan tidak akan berkompromi dalam memastikan kelangsungan sektor padi dan kesejahteraan pesawah terus dipelihara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast