KUALA LUMPUR – Empat puluh rumah di enam kampung di Baling, Kedah terjejas akibat banjir kilat yang melanda ekoran hujan lebat berterusan lebih dua jam sejak 7 malam tadi.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Baling berkata, kampung yang terjejas akibat limpahan Sungai Ketil ialah Kampung Paya, Kampung Siput, Kampung Dusun Ghani, Kampung Banggol Derom, Kampung Haji Abas dan Kampung Lubok Pedati.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian pada jam 9.38 malam dan pemantauan masih lagi dilakukan.
Setakat ini, tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka. -MalaysiaGazette
















