Tentera Israel memeriksa sebuah bangunan yang terkena peluru berpandu dilancarkan dari Iran, di Ramat Gan berhampiran Tel Aviv pada 13 Jun 2025. Foto AFP.

TEHRAN – Sejumlah besar bilangan dron dan peluru berpandu Iran menyasarkan kawasan Palestin yang dicerobohi Israel menyebabkan siren dibunyikan di beberapa bandar dan penempatan haram.

Malah peluru berpandu turut ditujukan arah Tel Aviv menyebabkan kemusnahan teruk, kecederaan dan panik yang mana ia merupakan sebahagian daripada Operation True Promise 3.

Media Israel melaporkan sekurang-kurangnya enam lokasi di Tel Aviv dihentam peluru berpandu Iran, membabitkan bangunan pencakar langit di tengah-tengah Tel Aviv, menyebabkan kerosakan dan kebakaran.

Di Bat Yam, sebuah bandar di Tel Aviv, kerosakan besar dilaporkan berlaku berikutan kesan terus daripada peluru berpandu Iran, dengan berpuluh-puluh bangunan rosak dan kebakaran berlaku di beberapa premis.

Sementara itu, perkhidmatan kecemasan mengemaskini angka korban daripada serangan di Bat Yam dan Rehovot.

Di Bat Yam, seramai 74 orang cedera yang mana tiga orang mengelami cedera teruk dan seorang meninggal dunia.

Di Rohovot, seramai 28 orang cedera termasuk dua orang mengalami cedera parah.

Perkhidmatan kecemasan Israel melaporkan bahawa pasukan bomba dikerahkan ke Gush Dan, di tengah Palestin, dalam usaha memadamkan kebakaran.

Menurut media Israel, siren dibunyikan di Bisan sebanyak empat kali berikutan portensi serangan dron.

Dalam masa sama, penduduk di Afula, selatan Tasik Tabarayya dilaporkan mendengar letupan selepas pesawat perang Israel dikerahkan untuk memintas dron yang datang dari arah timur. -Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Israel kali ni salah perhitungan. Setelah dia serang Gaza, Lubnan, Syria & Yemen…dia fikir ni saat terbaik utk serang..tp dia silap besar

Comments are closed.