TEHRAN – Sebanyak 44 dron dan kuadkopters milik Israel berjaya dipintas dan dimusnahkan Pengawal Sempadan Iran dalam tempoh 48 jam lalu.
Komander Pengawal Sempadan, Brigadier Jeneral Ahmad Ali Goudarzi memuji kesediaan unit sempadan Iran.
“Pengawal sempadan kami yang bersemangat sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga dan telah mengeluarkan amaran keras kepada semua entiti bermusuhan—kumpulan pengganas, puak bersenjata, dan penyeludup—bahawa sebarang ancaman terhadap keselamatan sempadan Iran akan dihadapi dengan kekuatan yang tegas,” kata Goudarzi.
Tegasnya, Pengawal Sempadan memantau semua sempadan di Iran dan bersedia untuk menangkis sebarang ancaman.
Rejim Israel memulakan serangan di dalam wilayah Iran pada waktu malam Jumaat. Dalam peningkatan ketegangan yang besar, mereka menyerang bangunan kediaman di dan sekitar ibu negara. Pegawai tentera kanan Iran dibunuh dalam serangan sasaran.
Tidak lama selepas itu, Iran memulakan serangan pembalasan jauh di dalam Israel, menyerang Tel Aviv, Jerusalem, dan Haifa, antara sasaran lain. -AGENSI
















