KUALA LUMPUR – Dua lelaki maut ditembak sekumpulan individu di hadapan sebuah pusat beli-belah di Jalan Loke Yew, Cheras, di sini, awal pagi tadi.
Difahamkan insiden itu dirakam kamera papan pemuka (dashcam) sebuah kenderaan yang memaparkan beberapa das tembakan dilepaskan oleh sekumpulan lelaki bersenjata yang kini tular di laman media sosial.
Dua mangsa dilihat terbaring dalam keadaan berlumuran darah, dipercayai terkena tembakan dari jarak dekat.
Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Ridzuan Khalid yang mengesahkan kejadian itu berkata, kenyataan media akan dikeluarkan.
Setakat ini, polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti identiti mangsa dan suspek dan motif kejadian. -MalaysiaGazette
















