Donald Trump. Foto AFP

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menggesa orang awam supaya segera meninggalkan Tehran di tengah-tengah ketegangan yang semakin memuncak antara Israel dan Iran.

“Iran sepatutnya menandatangani ‘perjanjian’ yang saya suruh mereka tandatangan. Sungguh memalukan, dan satu pembaziran nyawa manusia. Ringkasnya, IRAN TIDAK BOLEH MEMILIKI SENJATA NUKLEAR. Saya sudah ulangi berkali-kali!”

“Semua orang harus segera meninggalkan Tehran!” katanya menerusi platform Truth Social miliknya.

Ketegangan meningkat sejak Jumaat lalu apabila Israel melancarkan serangan udara dan dron secara serentak ke atas beberapa lokasi di Iran, termasuk kemudahan ketenteraan dan nuklear, yang mencetuskan serangan balas dari Tehran. – Agensi

 

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast