Foto Facebook Sabah FC.

KUALA LUMPUR – Sabah FC semakin rancak memperkuatkan skuad itu menjelang saingan Liga Malaysia musim depan apabila membawa masuk tiga pemain import baharu termasuk pemain kebangsaan New Zealand, Dane Ingham.

Pemain pertahanan berusia 26 tahun itu memiliki 11 kaps bersama skuad All Whites dan sebelum ini beraksi bersama kelab A-League (Australia), Newcastle Jets.

Turut menyertai Sang Badak adalah pemain tengah kelahiran Australia, Dean Pelekanos, 24, yang sebelum ini bersama kelab Western Sydney Wanderers.

Seorang lagi pemain import baharu ialah penyerang dari Bosnia, Ajdin Mujagic, 27, yang tampil cemerlang bersama kelab NK BSK Bijelo Brdo di liga divisyen dua Croatia dengan rekod 15 gol musim lalu.

Dalam pada itu, skuad Badak turut mengumumkan kepulangan semula dua pemain tempatan – Badrul Affendy dan Maxsius Musa.

Badrul, pemain pertahanan kelahiran Penampang, kembali selepas semusim bersama PDRM FC, manakala Maxsius, penyerang lincah dari Keningau, menyarung semula jersi Sabah selepas kali terakhir beraksi pada 2023. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast