Datuk Mohamad Nizar Mohamad Najib ketika ditemui selepas merasmikan pameran pendidikan pelabur Bersama Invest Smart @Pahang

KUANTAN – Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepas tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Najib Najib Razak hari ini diharap mencetuskan sesuatu yang positif terhadap kesinambungan perbicaraan kes beliau seterusnya.

Anak sulung bekas Perdana Menteri itu, Datuk Mohamad Nizar Mohamad Najib berasa syukur dengan berita itu meskipun ia telah mengambil masa yang begitu lama.

“Saya bersyukur dengan keputusan itu. Sungguhpun bukan (bebas) sepenuhnya. Sudah enam tahun kes itu berlangsung dan yang tangguhnya pihak pendakwaraya bukan pembelaan.

“Akhirnya kebenaran itu telah muncul. Saya harap ini satu permulaan atau penyambungan yang baik untuk kes ayahanda,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan pameran pendidikan pelabur Bersama Invest Smart @Pahang yang diadakan, di sini, hari ini.

Hari ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) Najib daripada tuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM27 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Bekas Ahli Parlimen Pekan itu sebelum ini mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan pengubahan wang haram yang digunakan untuk aktiviti tidak mengikut undang-undang, dalam tiga akaun AmPrivate Banking milik beliau pada 8 Julai 2014.

Perbicaraan kes berkenaan tergantung selama enam tahun sejak 2019 tanpa sebarang keterangan saksi dikemukakan.

Najib yang kini ditahan di Penjara Kajang disabitkan bersalah atas tujuh pertuduhan pecah amanah, salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram pada Julai 2020 membabitkan dana SRC bernilai RM42 juta. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

Najib dilepas tanpa dibebaskan, pendakwaan gagal bersedia untuk kes sejak 2019

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. kita cadangkan rafizi di secret ke mahkamah kerana mempertijaikan keputusan dnaa dsnajib. pertikaian ini boleh dianggap menghina majkamah

Comments are closed.