KUALA LUMPUR – Seorang lelaki ditemukan maut dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda akibat ditembak di hadapan sebuah premis menjual motosikal di Meru, Klang, petang tadi.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, ACP Vijaya Rao Samachulu berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung satu kejadian tembakan berlaku di Lorong Mahang 1, Taman Meru, Utama, kira-kira 3.37 petang tadi.
Katanya, siasatan awal mendapati mangsa yang merupakan warga tempatan berusia 46 tahun ditemukan dalam keadaan mengiring dengan berlumuran darah di tempat duduk pemandu.
Mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan.


Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menyalurkannya kepada pegawai penyiasat ASP M. Sathiyaseelan di talian 012 5197913 atau hadir di mana-mana balai polis berhampiran. -MalaysiaGazette
















