Suspek dibawa ke Mahkamah Bukit Mertajam, Pulau Pinang bagi mendapatkan perintah reman.

KEPALA BATAS – Lelaki warga emas yang ditahan susulan melarikan sebuah kereta serta budak perempuan berstatus orang kelainan upaya (OKU) bisu di Jalan Penaga dekat sini, semalam direman selama empat hari.

Perintah reman bermula hari ini sehingga 24 Jun itu dikeluarkan Majistret Mahkamah Bukit Mertajam, Mohd Harith Mohd Mazlan bagi membolehkan polis menjalankan siasatan terhadap suspek berusia 63 tahun itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan 363 akta sama.

Terdahulu suspek tiba di pekarangan mahkamah jam 10 pagi dengan diiringi anggota polis.

Suspek mempunyai 18 rekod lampau.

ARTIKEL BERKAITAN

Polis selamatkan budak bisu dilarikan lelaki kurang siuman

MalaysiaGazette semalam melaporkan polis menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan berumur 12 tahun selepas kereta yang dinaikinya dilarikan suspek dari sebuah bengkel kenderaan di Jalan Penaga dekat sini.

Dalam kejadian sekitar jam 5.30 petang, mangsa dikatakan berada di dalam sebuah kereta jenis Toyota Corolla dalam keadaan enjin masih hidup manakala ibunya keluar untuk menghantar minyak hitam kepada bapa mangsa di bengkel tersebut.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abd Rahman berkata, suspek berusia 63 tahun itu mempunyai 18 rekod jenayah lampau membabitkan dadah serta jenayah.

“Mangsa dilaporkan berada dalam keadaan baik dan tidak mengalami sebarang kecederaan namun dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast