LONDON – Liverpool hampir medapat pemain tengah sensasi Jerman, Florian Wirtz daripada Bayer Leverkusen dengan nilai yang dilaporkan mencecah £116 juta.
Pakar perpindahan, Fabrizio Romano berkata, Wirtz telah tiba di United Kingdom hari ini untuk menjalani pemeriksaan perubatan bersama kelab Merseyside tersebut.
“Pemeriksaan itu dijangka selesai sepenuhnya dalam tempoh 24 jam sebelum pengumuman rasmi dilakukan oleh juara England itu.
“Perpindahan ini bukan sahaja mencatat rekod baharu buat Liverpool malah bakal menjadi antara pembelian termahal dalam sejarah Liga Perdana Inggeris,” tulis di media sosialnya.
Wirtz, 22, dijangka menandatangani kontrak selama lima tahun sehingga 2030 dengan gaji mingguan sekitar £245,000 (RM1.5 juta).
Playmaker itu itu bakal memainkan peranan utama di bawah pengurus baharu, Arne Slot, yang merancang untuk menempatkannya sebagai pemain No.10 dalam sistem taktikal pasukan.
Pembelian Wirtz merupakan sebahagian daripada usaha pembaharuan besar-besaran Liverpool menjelang musim baharu.
Selain Wirtz, The Reds sebelum ini sudah menyempurnakan pembelian Jeremie Frimpong juga dari Leverkusen pada harga £29.5 juta dan Giorgi Mamardashvili dari Valencia) yang bernilai £29.5 juta
Liverpool juga dalam proses untuk membeli Milos Kerkez dari Bournemouth dengan harga sekitar £40 juta.
Sebelum ini, Wirtz turut menarik minat Manchester City namun kelab Manchester itu menarik diri kerana harga dianggap terlalu mahal iaitu sekitar £150 juta dan pakej gaji yang tinggi membuatkan mereka perlu membelanjakan keseluruhan sekitar £300 juta. – Agensi
















