Kapal peronda milik Japan Coast Guard (JCG) MIZUHO selamat berlabuh di Terminal Kapal Persiaran Klang (PKCT) sebagai permulaan misi strategik lima hari bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia ketika di Pelabuhan Klang, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 23 JUN 2025.

PELABUHAN KLANG – Kapal peronda milik Japan Coast Guard (JCG), MIZUHO, selamat berlabuh di Terminal Kapal Persiaran Klang (PKCT) selepas 11 hari perjalanan.

Ia menandakan bermulanya  misi strategik selama lima hari bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) hingga Jumaat ini.

Menurut Pemangku Timbalan Ketua Pengarah Operasi Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi Abdullah, lawatan tersebut bukan sekadar memperkasa hubungan strategik yang telah terjalin di antara agensi penguat kuasa dua buah negara, tetapi membuktikan keyakinan JCG terhadap Maritim Malaysia.

Kru kapal peronda milik Japan Coast Guard (JCG) MIZUHO selamat berlabuh di Terminal Kapal Persiaran Klang (PKCT) sebagai permulaan misi strategik lima hari bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia ketika di Pelabuhan Klang, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 23 JUN 2025.

“Dalam memperkukuh kerjasama keselamatan maritim bagi menghadapi cabaran serantau yang semakin kompleks dan mencabar, kehadiran  MIZUHO adalah simbol kepercayaan Jepun terhadap keupayaan Maritim Malaysia sebagai rakan penting di rantau ini.

“Daripada (lawatan ini kita lihat JCG mempunyai kepercayaan terhadap kemampuan Maritim,” katanya yang hadir menyambut ketibaan kapal milik negara ‘matahari terbit’ itu di sini, hari ini.

Turut hadir, Duta Jepun ke Malaysia, Ambassador Shikata Noriyuki dan wakil JCG iaitu Timbalan Komandan Operasi, Mr. Kanosue Hiroaki.

Antara pengisian utama lawatan MIZUHO adalah Latihan Teknik Penahanan  dan latihan Long Range Acoustic Device (LRAD) kendalian JICA dan MCT serta latihan bersama MIZUHO dan Kapal Maritim (KM) BANGGl milik Maritim Malaysia di Perairan Selangor.

Mengulas lanjut Mohd Zawawi berkata, kedua-dua agensi bukan sahaja akan berkongsi pengalaman dan kepakaran tetapi turut bersatu demi keselamatan perairan serantau dari sebarang ancaman.

Duta Jepun ke Malaysia, Shikata Noriyuki berucap pada Sesi Lawatan Kapal Japan Coast Guard (JCG) MIZUHO sebagai permulaan misi strategik lima hari bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia di Terminal Kapal Persiaran Klang (PKCT), Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 23 JUN 2025.

“Fokus latihan dan lawatan kali ini adalah menangani jenayah rentas sempadan di perairan.

“Fokus latihan ini adalah  jenayah rentas sempadan, memastikan keselamatan perairan Selat Melaka daripada rompakan di laut dan latihan penguatkuasaan undang-undang terutama siri rompakan dan jenayah rentas sempadan dan latihan aktiviti yang menyalahi undang-undang,” jelasnya.

Justeru beliau berharap lawatan MIZUHO akan menjadi titik tolak kepada lebih banyak kerjasama dua hala antara kedua-dua agensi penguatkuasa kuasa maritim dalam mengekang jenayah rentas sempadan, meningkatkan kemampuan dalam mencari dan menyelamat, selain mengangkat hubungan maritim ke tahap strategik.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast