Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi UMNO mempersoalkan penjelasan Jabatan Peguam Negara (AGC) yang mendakwa pendakwaan terhadap Datuk Seri Najib Razak tidak boleh dibuat disebabkan bukti pertuduhan digunakan untuk kes lain.

Datuk Dr. Mohd Puad Zakarshi berkata, penjelasan itu mencetuskan persoalan apakah pertuduhan terhadap Najib bertindih sehingga bekas perdana Menteri itu dikenakan banyak pertuduhan hingga ada SRC 1.0 dan SRC 2.0.

Sedangkan, katanya, pertuduhan RM27 juta kes SRC 2.0 itu adalah sebahagian daripada RM42 juta dalam kes SRC 1.0.

“Kenapa tidak tuduh sekali sahaja,” hujah Puad lagi dalam satu hantaran hari ini.

Manakala, dakwanya, ada satu pihak lain pula mempersoalkan kenapa kes berkenaan mengambil masa sehingga enam tahun.

“Kenapa dakwa jika belum bersedia? Ini bukan setakat isu tangguh tetapi tata kelola dan profesionalisme pendakwaan oleh AGC.

“Sebab itu ada peguam yang mendakwa “penangguhan terpilih” ini berlawanan dengan Artikel 5(1) iaitu “the right to a fair and expeditious trial” (hak untuk perbicaraan yang adil dan cepat).

“Apakah Najib jadi mangsa kerana dia VVIP seperti dakwaan Tan Seri Shafie?,” tanya Puad lagi.

Menerusi hantaran tersebut, Puad berkata, Pejabat Peguam Negara menjadi sasaran dua pihak yang berbeza pendirian berhubung keputusan mahkamah yang melepas tanpa membebaskan (DNAA) Najib daripada tiga pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan dana syarikat SRC International Sdn Bhd (SRC).

Kaanya, pihak yang membantah Najib diberi DNAA sebenarnya anti-Najib.

Dakwanya, pihak ini takut jika Najib bebas bermakna UMNO-Barisan Nasional (BN) akan bangkit semula.

Namun, pihak ini ini membisu apabila lawan UMNO diberi DNAA.

Bahkan mereka diam apabila Tommy Thomas menggugurkan sepenuhnya pendakwaan terhadap Lim Guan Eng, tambahnya. – MalaysiaGazette

AGC beri penjelasan mengapa kes Najib tertangguh sejak 2019

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast