Pesawat TUDM terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, hari ini. foto Orang Awam

KUALA LUMPUR –  Landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) ditutup sementara bagi memudahkan pemindahan sebuah pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dilaporkan terkandas, jam 11.30 pagi tadi serta kerja-kerja pembersihan landasan.

Malaysia Airports dalam kenyataan di media sosialnya memaklumkan, landasan itu dijangka ditutup sehingga jam 3 petang.

“Satu Notice to Airmen NOTAM telah dikeluarkan dan landasan akan ditutup sehingga pukul 3 petang hari ini.

“Semasa penutupan ini, semua operasi penerbangan di KIA akan terjejas. Penumpang dinasihatkan untuk menyemak semula jadual dengan syarikat penerbangan masing-masing.

“KIA akan memaklumkan perkembangan lanjut dari masa ke semasa apabila landasan tersebut sudah diisytiharkan selamat dan dibuka untuk operasi penerbangan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM),” katanya.

Difahamkan pesawat CN-235 itu terkandas akibat mengalami masalah di bahagian tayar.  -MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast