Ketua Polis Negara, Datuk Mohd Khalid Ismail bercakap kepada wartawan selepas hadir ke Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri di Kompleks Setia Perkasa, Putrajaya. Foto SADIQ SANI, 23 JUN 2025

PUTRAJAYA – Datuk Seri Mohd Khalid Ismail menegaskan, beliau tidak pernah menyertai mana-mana parti politik sepanjang 38 tahun beliau berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Negara (KPN) yang baharu itu berkata, perkara itu juga telahpun diperjelaskan oleh Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Fuziah Salleh apabila menyatakan beliau tidak pernah menyertai parti itu.

As you know (sebagaimana yang anda tahu), Datuk Fuziah PKR telah memberikan sidang akhbar baru-baru ini menjelaskan segala-galanya.

“Selama 38 tahun saya dalam pasukan PDRM saya tak pernah terlibat dalam mana-mana parti politik,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN), di sini, hari ini.

Majlis itu disempurnakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan tuurt dihadiri Ketua Setiausaha KDN, Datuk Awang Alik Jeman.

Terdahulu, sebuah akhbar tempatan dikecam banyak pihak susulan kesilapan menerbitkan infografik yang mengaitkan penyertaan Mohd Khalid dalam parti politik termasuk PKR sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan orang ramai.

Berikutan itu, Fuziah mengesahkan Mohd Khalid tidak pernah menjadi ahli PKR apatah lagi memegang sebarang jawatan dalam parti berkenaan.

Akhbar tempatan itu menerusi portal berita sebelum ini juga sudah mengemukakan permohonan maaf secara terbuka atas kesilapan maklumat yang disiarkan di laman Instagram mereka.

Dalam pada itu, Mohd Khalid berkata, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan pengurusan akhbar berkenan dalam masa terdekat.

“Kami akan bincang, dengar pandangan,memberi apa yang patut perlu dilaksanakan,” kata beliau.

Mengulas lanjut, Mohd Khalid menitipkan pesanan serta berharap pihak media memberikan laporan yang terbaik dan tepat.

“Insya Allah dalam masa terdekat ini, saya mohon kepada semua wartawan yang hadir hari ini supaya berikan laporan yang terbaik, yang tidak lari dari apa yang dilaporkan dan saya berharap  hubungan yang rapat dan akrab perlu diteruskan di antara pihak polis bersama wartawan.

“Ini kerana ia menjadi pokok utama untuk kita memberikan laporan yang terbaik bukan sahaja kepada PDRM tetapi semua agensi agensi kerajaan dan Kerajaan Madani terutamanya,” katanya.

Tambahanya, beliau akan berbincang dan mendengar pandangan serta memberi apa yang patut serta perlu dilaksanakan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast