Rancangan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PTKL 2040) memperkenalkan pendekatan menyeluruh bagi mewujudkan bandar raya yang lebih hijau, sihat dan inklusif. Inisiatif “Green Connector” sejauh 254km bakal menghubungkan taman-taman komuniti untuk menyokong gaya hidup sihat dan aktif, sejajar dengan konsep BANDAR CHASE (Clean, Healthy, Advanced, Safe, Ecological) oleh JWP.
PTKL turut menyasarkan pembinaan 305,000 unit rumah mampu milik menjelang 2040, memperkenalkan Zon Kediaman 4 dan merancang pembangunan 74 juta meter persegi lantai perdagangan yang dijangka menjana 1.2 juta peluang pekerjaan.
Melalui kawalan pelot, insentif pembangunan semula, dan penekanan kepada kawasan intensiti rendah serta projek transit seperti TPZ dan TIZ, pelan ini menjanjikan pembangunan semula yang berdaya tahan, inklusif dan adil, selaras dengan prinsip Malaysia Madani.















