KLANG – Sebuah kilang kitar semula musnah terbakar di Jalan Haji Abdul Manan, Taman Industri Meru dekat sini hari ini.
Kejadian berlaku kira-kira 12 tengah hari tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, api kebakaran dilaporkan marak serta menyebabkan asap hitam berjepul-kepul.
Setakat 3 petang, proses pemadaman sedang dijalankan setakat oleh pihak bomba.

Pasukan anggota melibatkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar, Klang Utara, Klang Selatan dan Bukit Jelutong telah dihantar ke lokasi kejadian.
Punca kejadian dan kerugian masih belum dapat dikenal pasti. – MalaysiaGazette
















