Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

KUALA LUMPUR – Jemaah Menteri bersetuju untuk melantik Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan bagi menjalankan tugas dan fungsi Menteri Ekonomi berkuat kuasa serta-merta.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dalam kenyataan memaklumkan, keputusan pelantikan itu dibuat secara sebulat suara oleh Jemaah Menteri dalam mesyuarat yang berlangsung pada 25 Jun lalu.

Menurutnya, tugas utama beliau adalah mengolah dan merombak semula intipati Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang dijadual dibentangkan di Parlimen pada 31 Julai ini.

“Pengolahan semula itu akan mengambil kira maklumat tambahan daripada kementerian, selain pandangan dan ulasan Jemaah Menteri,” katanya.

Jawatan Menteri Ekonomi sebelum ini kosong susulan peletakan jawatan Datuk Seri Rafizi Ramli yang berundur selepas tewas dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Mei lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast