Dalam satu himpunan aman di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat, wakil NGO dan pemimpin masyarakat menyuarakan bantahan keras terhadap tindakan Amerika Syarikat yang didakwa menindas negara-negara Islam, khususnya Palestin, Gaza dan terbaru Iran.
Penganjur menggesa kerajaan Malaysia yang dipimpin Perdana Menteri agar mengambil pendirian lebih tegas dan serius dalam menyatakan bantahan rasmi terhadap tindakan AS, yang dikatakan mencetus ketidakstabilan global.
Mereka turut memberi amaran bahawa sikap agresif AS boleh mencetuskan konflik berskala besar seperti Perang Dunia Ketiga. Himpunan itu disertai pelbagai pihak termasuk pimpinan NGO, ahli Parlimen, wakil parti politik dan pengamal media.















