Safee Sali

KUALA LUMPUR – Bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali mengumumkan peletakkan jawatannya sebagai Presiden Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) selepas dua penggal memimpin persatuan itu sejak 2019

Menerusi satu pengumuman di laman sosialnya, pemenang Kasut Emas Piala AFF 2010 itu mengakui telah menyerahkan surat peletakkan jawatannya itu.

Katanya, dia mendoakan agar PFAM terus berjaya di bawah kepimpinan baharu kelak dalam usaha menegakkan suara dan menjaga kebajikan pemain-pemain profesional di negara ini.

“Hari ini, saya mengumumkan secara rasmi peletakan jawatan saya sebagai Presiden PFAM.

“Ia telah menjadi perjalanan yang memuaskan bekerja bersama individu-individu yang penuh semangat.

“Saya akan terus menyokong PFAM dengan cara yang baharu dan teruja untuk melihat apa yang bakal datang. Terima kasih kepada semua atas kenangan yang hebat,” katanya.

Sepanjang tempoh Safee memimpin PFAM, beberapa isu membabitkan masalah pemain dilihat berjaya menemui penyelesaian.

Antara masalah tersebut iaitu kes tunggakan gaji termasuk isu Kuantan Marcerra FA di mana pemilik kelab terbabit akhirnya diheret ke muka pengadilan. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast