TEHRAN – Iran menafikan negara itu bersedia untuk menyambung semula rundingan nuklear dengan Amerika Syarikat (AS) selepas peperangan 12 hari dengan Israel tamat.
Malah negara tersebut menuduh Washington membesar-besarkan kesan serangan AS ke atas negara itu
Konflik paling teruk antara Israel dan Iran membantutkan rundingan nuklear antara Iran dan AS.
Presiden AS, Donald Trump berkata, Washington akan mengadakan rundingan dengan Tehran pada minggu depan, dengan envoi khas Steve Witkoff menyatakan harapan mencapai ‘perjanjian damai komprehensif’.
Bagaimanapun, Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi menyatakan bahawa apa yang beliau katanya ialah ia adalah spekulasi Tehran akan ke meja rundingan dan menyatakan ia tidak sepatutnya diambil secara serius.
“Saya mahu menyatakan dengan jelas bahawa tiada perjanjian, pengaturan atau perbincangan telah dilakukan bagi memulakan rundingan baharu.
“Tiada rancangan dirancang untuk memulakan rundingan,” katanya menerusi siaran televisyen.
Penafian Araghchi dilakukan ketika pengubal undang-undang Iran meluluskan satu rang undang undang mengantung kerjasama dengan kumpulan pemantau aktiviti nuklear di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan selepas pemimpin tertinggi negara itu, Ayatollah Ali Khamenei menuduh Trump membesar-besarkan kesan serangan AS ke atas tapak nuklear Iran.
Dalam ucapannya di rangkaian televisyen, Khamenei menyifatkan Iran menang dalam peperangan dengan Israel dan berikrar tidak akan tunduk kepada tekanan AS dan menyatakan Washington telah dimalukan.
“Presiden AS membesar-besarkannya dalam cara yang tidak normal dan ia membuktikan beliau perlu membesar-besarkan perkara ini,” kata Khamenei yang menolak dakwaan AS bahawa kemajuan program nuklear Iran telah diperlahankan.
Menurutnya, serangan tersebut tidak memberi kesan signifikan langsung kepada infrasturktur nuklear Iran. – AFP
















