Penahanan ketiga-tiga suspek dilakukan dalam tempoh kurang 48 jam selepas polis menerima laporan berhubung kes tersebut.
“Mereka telah ditahan di sekitar Johor Bahru dan Gemencheh, Negeri Sembilan bermula jam 9.00 pagi Khamis hingga jam 2.00 pagi, Jumaat, hari ini.
“Kesemua suspek akan dipohon reman bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kesemua suspek akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Sepang pagi ini untuk mendapatkan perintah reman.
Sementara itu, beliau meminta agar orang ramai tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih kerana ia boleh menjejaskan siasatan.
Siasatan awal sebelum ini mendapati mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala akibat hentakan kuat.
Walau bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan yang menunjukkan sebarang unsur serangan seksual.
Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Serdang untuk proses bedah siasat. – MalaysiaGazette