KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima mengadap Ketua Polis Negara yang baharu, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail.
Pertemuan Mohd Khalid bersama baginda yang juga Pesuruhjaya Yang Dipertua Kehormat Polis Diraja Malaysia (PDRM) berlangsung di Johor Bahru.
Hadir sama, Datuk M Kumar, Ketua Polis Johor.
Mohd Khalid dilantik sebagai Ketua Polis Negara Ke-15 menggantikan Tan Sri Razarudin Husain yang bersara daripada perkhidmatan. – MalaysiaGazette
















