Azzmi Aziz. Foto FB KDA FC.

KUALA LUMPUR – Kedah Darul Aman FC (KDA FC) mengumumkan bekas jurulatih skuad Kedah, Azzmi Aziz sebagai Ketua Jurulatih kelab itu bagi memperkuatkan pasukan menghadapi saingan Liga A1 Semi Pro musim 2025/26 pada Ogos ini.

Pengumuman oleh Sang Kenari itu sekali gus menamatkan spekulasi pembimbing KDA FC bagi menggantikan kekosongan ditinggalkan Victor Andrag

Beliau pernah bersama skuad kebangsaan musim 1997 itu juga menggalas tugas sebagai pengendali sementara untuk pasukan Kedah ketika bersaing dalam Piala Malaysia pada musim 2018.

Azzmi kemudiannya dilantik sebagai Ketua Jurulatih PDRM FC sebelum mengendalikan skuad Negeri Sembilan FC pada musim lalu.

“KDA FC dengan bangga mengumumkan pelantikan Coach Azzmi Aziz sebagai Ketua Jurulatih baharu. Berusia 48 tahun, beliau memiliki lesen AFC Pro dengan pengalaman lebih 15 tahun mengendalikan pasukan Liga Super, Liga Premier dan skuad Piala Presiden.

“Antara kejayaan beliau adalah membimbing PDRM FC yang mencatat kemenangan berprofil tinggi dalam Liga Super 2023, selain pernah menjadi Ketua Jurulatih Negeri Sembilan FC (NSFC) dan Pengendali Piala Presiden Negeri Sembilan. Ayuh semua, kita bangkit bersama,” kata KDA FC dalam satu hantaran di Facebook rasminya di sini hari ini.

Turut bersama barisan kejurulatihan itu ialah Ahmad Nizan selaku Jurulatih Kecergasan dan Abdul Rashid sebagai Jurulatih Penjaga Gol. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast