Hospital Sultan Ismail di Johor Bahru

KUALA LUMPUR – Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru, sedang mengesan waris bagi dua si mati.

Si mati terbabit bernama Lew See Cheong, memiliki kad pengenalan bernombor 511207-07-3005.

Dia meninggal dunia di Wad 10A pada 20 Jun lalu.

Seorang lagi ialah Sivananthan A/L Subramaniam, nombor kad pengenalan 721120-01-6139.

Sivananthan meninggal dunia di Wad 03B, pada 21 Jun lalu.

Hospital Sultan Ismail berharap saudara mara atau orang ramai yang mengenali waris si mati  tampil memberi maklumat dan membuat tuntutan dengan menghubungi Penolong Pegawai Perubatan, Jabatan Perubatan Forensik, Abdul Jawad Sipun di talian 07-3565000 sambungan 2803. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast