KUALA LUMPUR – Pekebun kecil di Semenanjung, Sabah dan Sarawak layak menerima bayaran Insentif Pengeluaran Getah (IPG) mulai 1 hingga 31 Julai 2025 berdasarkan pengeluaran getah pada bulan Jun.
Lembaga Getah Malaysia berkata, harga purata peringkat ladang untuk cuplump di Semenanjung adalah RM2.80 sekilogram.
Manakala di Sabah dan Sarawak pada bulan tersebut RM2.50 sekilogram.
IPG akan diaktifkan sekiranya harga purata bulanan peringkat ladang bagi getah cuplump berada di paras RM3.00 sekilogram ke bawah.
Bagi Semenanjung, kadar IPG Jun untuk cuplump dan lateks teraktif ialah 20 sen sekilogram untuk 50 peratus kandungan getah kering (KGK) dan 40 sen sekilogram untuk 100 peratus KGK.
Manakala di Sabah dan Sarawak pula sebanyak 50 sen sekilogram untuk 50 peratus KGK dan RM1 sekilogram untuk 100 peratus KGK.
Kadar IPG bagi lateks ialah 90 sen sekilogram bagi 100 peratus KGK.
IPG ini akan dibayar kepada pekebun kecil getah warganegara Malaysia yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. – MalaysiaGazette
















