Iskandar Zulkarnain Zainuddin. Foto Facebook BAM.

KUALA LUMPUR – Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan pelantikan bekas pemain perseorangan negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin sebagai Ketua Jurulatih  Perseorangan Wanita yang baharu.

Pengarah Perseorangan BAM, Kenneth Jonassen melahirkan keyakinan terhadap keupayaan Iskandar untuk menerajui pembangunan perseorangan wanita.

“Kami berbesar hati mengalu-alukan Iskandar kembali ke BAM dalam peranan penting ini. Kejurulatihan antarabangsanya, digabungkan dengan latar belakangnya sebagai pemain kebangsaan, membawa gabungan pengalaman dan perspektif yang berharga,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook FAM di sini.

Iskandar, 34, ketika ini sedang berkhidmat selaku ketua jurulatih perseorangan Ireland selepas menyertai skuad kebangsaan negara Eropah itu sejak 2022.

Sepanjang bersama Ireland, Iskandar yang juga naib juara Kejohanan Remaja Asia 2009 berjaya membimbing pemain perseorangan Nhat Nguyen melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Selain menduduki ranking ke-31 dunia ketika ini, Nguyen juga menjadi pemain yang menyingkirkan pemain negara, Leong Jun Hao di pusingan pertama Masters Malaysia 2025.

Setakat ini, Jonassen dibantu Alvin Chew Ming Yao, K Yogendran dan Misbun Ramdan Misbun dalam kategori perseorangan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast