Sebuah bas persiaran bergerak sendiri selepas diparkir dan merempuh tembok penghadang jalan di Genting Highlands.

KUANTAN – Sebuah bas persiaran tiba-tiba bergerak selepas diparkir menjadi punca ia melanggar tembok di tempat letak kenderaan di Taman Cendawan, Genting Highlands, Bentong hari ini.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar mengesahkan menerima laporan orang awam berhubung kejadian itu pada jam 12.20 tengah hari tadi.

“Siasatan awal mendapati, pemandu bas yang merupakan lelaki tempatan berusia 45 tahun telah meletakkan bas yang dipandu di tempat letak kenderaan.

“Tiba-tiba bas tersebut bergerak lalu melanggar tembok pembahagi jalan dan tiang bumbung kawasan itu,” katanya dalam kenyataan.

sebuah teksi turut terjejas akibat runtuhan dalam kejadian tengah hari tadi di kawasan meletak kenderaan di Taman Cendawan, Genting Highlands, Bentong.

Zaiham berkata, ekoran pelanggaran itu, tiang bumbung berkenaan tumbang dan menghempap sebuah teksi berdekatan dan mengakibatkan kedua-dua kenderaan mengalami kerosakan.

Beliau berkata, tiada mangsa yang dilaporkan cedera dalam kejadian tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Terdahulu, tular di media sosial beberapa klip video memaparkan bas persiaran tidak berpenumpang itu merempuh tembok penghadan jalan di lokasi terbabit. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast