Gambar : IPD Kuantan

KUANTAN – Padah melakukan aksi ‘wheelie’, dua pelajar berusia 14 tahun ditahan polis dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan petang semalam.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Kuantan, Mohd Adli Mat Daud, kedua-dua penunggang dan pembonceng motosikal itu ditahan di kawasan sekitar Perumahan Makmur Seri Damai Jaya, di sini.

“Kedua-dua remaja itu ditahan selepas didapati mengangkat tayar hadapan motosikal dimana aksi tersebut merbahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalanraya yang lain.

“Suspek telah dibawa ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan dan satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Adli berkata, sepanjang operasi itu juga, sebanyak 20 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dimana kesalahan paling banyak direkodkan adalah tidak memakai topi keledar.

Justeru, beliau menyeru para ibu bapa dan penjaga agar lebih bertanggungjawab memainkan peranan memantau aktiviti anak-anak bermula dari rumah agar tidak melanggar undang-undang yang boleh membahayakan diri dan masyarakat sekeliling. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast