Seramai 18 GRO ditahan JIM Pulau Pinang di sebuah premsi yang berselindung disebalik perniagaan kafe di Jalan Anson di sini, semalam.

GEORGE TOWN – Sebuah kafe di Jalan Anson, di sini, diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang semalam selepas dikesan menawarkan perkhidmatan gadis pelayan pelanggan (GRO) kepada pelanggan tempatan.

Dalam serbuan yang dijalankan kia=kira jam 11 malam itu, seramai 18 wanita warga asing ditahan selepas disyaki terlibat dalam aktiviti persundalan yang dijalankan di premis berkenaan.

Menurut sumber, kesemua wanita yang ditahan terdiri daripada 17 warga Vietnam dan seorang wanita warga Kemboja.

Katanya, seorang lelaki warga Bangladesh yang bekerja di premis terbabit turut ditahan dalam serbuan sama.

Kesemua tangkapan disiasat mengikut Akta Imigresen.

“Premis berkenaan didapati berselindung di sebalik perniagaan kafe dan karaoke untuk mengaburi pihak berkuasa.

“Selain itu, ketika serbuan sebahagian daripada mereka (GRO) cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran anggota penguat kuasa, namun tindakan pantas pasukan berjaya mengagalkannya.

“Siasatan awal mendapati wanita-wanita terbabit dipercayai menyalahgunakan pas lawatan sosial dan ada yang tidak memiliki dokumen perjalanan sah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah sumber, kesemua individu yang ditahan dibawa ke Pejabat Imigresen Seberang Jaya untuk tindakan lanjut dan disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast