Tiga suspek disambung reman tujuh hari berhubung kes pembunuhan seorang pelajar universiti swasta di Cyberjaya di Kompleks Mahkamah Sepang. Foto MUHAIMIN MARWAN, 3 JULAI 2025.

KUALA LUMPUR – Reman tiga suspek yang disiasat berhubung pembunuhan seorang pelajar universiti swasta di Cyberjaya baru-baru ini disambung selama tujuh hari.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, perintah lanjutan reman itu diberikan oleh Mahkamah Majistret Sepang bermula 4 hingga 10 Julai ini.

“Siasatan masih dijalankan,” katanya ringkas kepada MalaysiaGazette ketika dihubungi, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman.

Penuntut Ijazah Sarjana Muda Fisioterapi, Maniishapriet Kaur, 20, yang berasal dari Sarawak ditemukan maut di unit kondominiumnya di Cyberjaya oleh seorang rakan, pada 10 pagi 24 Jun lalu.

Mangsa yang dilaporkan tinggal seorang diri bagi menghadapi peperiksaan selepas lima rakan serumahnya pulang bercuti sejak 21 Jun.

Sebelum ini, polis menahan tiga individu termasuk dua wanita yang dipercayai kenalan seorang penuntut universiti yang dibunuh di Cyberjaya.

Penahanan ketiga-tiga suspek dilakukan dalam tempoh kurang 48 jam selepas polis menerima laporan berhubung kes tersebut.

Mereka ditahan di sekitar Johor Bahru dan Gemencheh, Negeri Sembilan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast