Gambar Nurul Misha Najuwa

KUANTAN – Polis memohon bantuan orang awam mengesan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun, Nurul Misha Najuwa Zulkarnain yang dilaporkan hilang sejak petang semalam.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Mohd Adli Mat Daud, kehilangan mangsa disedari ahli keluarganya selepas kali terakhir dilihat di rumah mereka di Alor Akar, di sini, kira-kira jam 2.50 petang semalam.

“Ahli keluarga cuba menghubungi mangsa, namun gagal dan kali terakhir dilihat, mangsa memakai baju T berwarna putih kuning, seluar trek hitam bersama sebuah beg galas hitam.

“Difahamkan, kejadian ini merupakan kali ketiga berlaku di mana ia  punca kejadaian dipercayai kerana mangsa enggan meneruskan persekolahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Adli memberitahu, usaha mengesan mangsa masih giat dijalankan.

Justeru, katanya orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai keberadaan remaja itu diminta untuk tampil dan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast