Jamie Gittens. Foto Chelsea News.

LONDON – Chelsea menandatangi pemain sayap antarabangsa England B-21, Jamie Gittens dari Borussia Dortmund dengan harga perpindahan awal sebanyak £48.5 juta (RM279 juta).

Gittens pernah beraksi di akademi remaja Chelsea sebelum berpindah ke akademi Manchester City dan menandatangani kontrak bersama Dortmund pada tahun 2022.

The Blues akan membuat bayaran ambahan £3.5 juta (RM20 juta) sebagai klausa bonus ke atas emain berusia 20 tahun itu.

Gittens yang membuat 107 penampilan bersama kelab gergasi Jerman itu menjaringkan 17 gol termasuk 12 gol dalam saingan Bundesliga dan Liga Juara-Juara musim lalu.

Dia menjadi pemain kelima yang dibawa masuk Chelsea menyertai penyerang Liam Delap dan Joao Pedro, pemain tengah Dario Essugo serta pertahanan Mamadou Sarr.

Bintang muda Brazil yang sedang meningkat, Estevao Willian, 18, juga akan menyertai kelab gergasi Liga Perdana Inggeris itu dalam perjanjian yang dimeterai tahun lalu, selepas menjaringkan gol menentang Chelsea ketika Palmeiras kalah 1-2 pada suku akhir Piala Dunia Kelab pagi semalam.

Gittens bagaimanapun tidak layak untuk diturunkan pada aksi separuh akhir Chelsea menentang Fluminense pada Selasa ini atau perlawanan akhir sekiranya The Blues mara. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast