Dieogo Leon. Foto laman web Man United

LONDON – Manchester United mengumumkan ketibaan pemain antarabangsa remaja Paraguay, Dieogo Leon dari kelab dari Cerro Porteño di negara asalnya itu.

Leon yang baru mencapai usia 18 tahun pada April lalu merupakan bakat yang sedang meningkat naik.

Pemain bek kiri itu telah pun bermain sebanyak 33 perlawanan senior dan menjaringkan empat gol bersama kelab lamanya.

Menerusi Instagram miliknya, Leon meluahkan rasa syukur kerana diberi peluang sebagai salah seorang pertahanan yang akan beraksi di kelab hebat seperti United.

“Saya berjanji akan memberikan yang terbaik setiap hari, dalam latihan, di atas padang, dan juga di luar padang.

“Terima kasih kepada kelab atas kepercayaan ini dan kepada keluarga saya yang sentiasa berada di sisi saya.

“Saya berharap dapat membawa banyak kegembiraan kepada semua penyokong Manchester United dan semua yang menyokong saya dalam perjalanan ini. Satu lagi impian tercapai. Dari Paraguay ke seluruh dunia,” tulisnya. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast