LONDON – Anthony Elanga akan meninggalkan Nottingham Forest selepas Newcastle United dilaporkan bersetuju dengan perjanjian bernilai £55 juta (RM317.12 juta).
Penyerang antara Sweden itu bakal pemain pertama ditandatangani Magpies pada musim panas ini.
Musim lalu, Elanga membantu Forest yang membuat kejutan menamatkan Liga Perdana Inggeris dan menjaringkan enam gol selain 11 bantuan gol.
Forest membayar hanya £15 juta (RM86.49 juta) bagi mendapatkan Elanga dari Manchester United dua tahun lalu.
Newcastle cuba memperkuatkan skuad mereka ketika mereka akan kembali ke Liga Juara-Juara musim depan namun ketika ini keadaan agak mengecewakan.
















