Dominic Calvert-Lewin. Foto Sky Sports.

LONDON – Bekas penyerang Everton, Dominic Calvert-Lewin dikatakan terbuka dan teruja untuk menyertai Manchester United pada jendela perpindahan musim panas ini.

Menurut pakar perpindahan pemain, Fabrizio Romano berkata, United telah dimaklumkan mengenai anggaran kos untuk mendapatkan Calvert-Lewin tetapi masih belum membuka sebarang rundingan yang konkrit dengan pemain tersebut.

“Apa yang berlaku dengan Calvert-Lewin ialah pemain itu telah ditawarkan kepada United. Ini bukanlah situasi di mana United yang memulakan rundingan untuk menandatanganinya sebagai penyerang baharu.

“Pemain terbabit ditawarkan sebagai perpindahan percuma iaitu pilihan murah untuk seorang pemain yang sudah berpengalaman, mengenali selok belok Liga Perdana dan boleh memberi sumbangan kepada mana-mana kelab.

“Jadi United sudah pun mengenal pasti maklumat berkaitan perbelanjaan seperti gaji, komisen, dan juga hasrat pemain tersebut yang mana jelas sekali dia sangat terbuka dan teruja untuk menyertai United pada jendela perpindahan musim panas ini,” katanya yang di media sosial miliknya yang dilaporkan Buletin Manchester United.

Calvert-Lewin yang berusia 28 tahun itu tidak dilanjutkan kontrak di Goodison Park dan mampu menjadi penyelesaian berskala murah di jentera serangan United.

Ini kerana The Red Devils  sedang giat mencari penyerang nombor sembilan baharu namun setakat ini menemui jalan buntu.

Sasaran utama seperti Liam Delap dan Viktor Gyokeres menafikan impian United dengan memilih kelab lain sebagai destinasi seterusnya karier masing-masing.

Calvert-Lewin memiliki membawa pengalaman luas Liga Perdana ke Old Trafford dengan rekod 239 penampilan, 57 gol dan 18 bantuan gol sepanjang kariernya di kancah bola sepak England. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast