Kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa dan kenderaan yang terjatuh ke dalam Sungai Mahisagar. masih diteruskan hari ini. foto Facebook Kᴀʟᴀɪɴ -Tʜᴇ ɢᴀᴛᴇᴡᴀʏ ᴏғ BᴀʀᴀᴋVᴀʟʟᴇʏ

NEW DELHI – Angka kematian dalam jambatan runtuh semalam di negeri Gujerat, barat India meningkat kepada 15 orang pada Khamis, walaupun kerja-kerja bantuan dan menyelamat diteruskan semalaman.

Pegawai penyelamat berkata, sekurang-kurangnya tiga orang masih hilang.

Sembilan orang telah diselamatkan dari tempat kejadian dan dimasukkan ke hospital tempatan.

Sebahagian daripada jambatan Gambhira yang berusia empat dekad telah runtuh di daerah Vadodara di Gujarat, mengakibatkan beberapa kenderaan yang menaikinya terjatuh ke dalam Sungai Mahisagar.

Jambatan itu menghubungkan Vadodara dengan bandar jiran Anand.

Pergerakan kenderaan terjejas teruk di kawasan itu berikutan kejadian itu. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast