Sebahagian daripada peserta Program Wellbound 2025 bertemakan "Tubuh Sihat, Kendiri Kuat" anjuran pelajar Bachelor Komunikasi (Interpersonal) ICEPS, UiTM Shah Alam untuk subjek INC 532 Komunikasi Kesihatan bertujuan mempromosikan kesihatan mental dalam kalangan belia di SMK Taman Yarl, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR – Isu kesihatan mental dalam kalangan pelajar perlu dikesan lebih awal melalui pelbagai program kesedaran sekali gus dapat menjamin masa depan generasi muda akan datang.

Usaha itu dapat dilihat melalui penganjuran Program Wellbound 2025 bertemakan ‘Tubuh Sihat, Kendiri Kuat’ di Sekolah Menengah Kebangsaaan Taman Yarl, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, semalam.

Program dianjurkan Institut Pendidikan Berterusan dan Pengajian Profesional (ICEPS) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam untuk subjek INC 532 Komunikasi Kesihatan di bawah bimbingan pensyarah, Dzulkarnain Mazlan

Pengarah Program, Noor Fatihah Mustapha berkata,  inisiatif tugasan berkumpulan itu menggabungkan pendidikan kesihatan dengan pemerkasaan pengetahuan terkini melalui pandangan pakar.

Pelajar mendengar ceramah pada Program Wellbound 2025 bertemakan “Tubuh Sihat, Kendiri Kuat” anjuran pelajar Bachelor Komunikasi (Interpersonal) ICEPS, UiTM Shah Alam untuk subjek INC 532 Komunikasi Kesihatan bertujuan mempromosikan kesihatan mental dalam kalangan belia di SMK Taman Yarl, Bukit Jalil, semalam.

 

 

“Seramai 25 peserta terpilih terdiri daripada pendidik, pelajar, dan wakil organisasi bukan kerajaan (NGO) dalam usaha mempromosikan kesihatan mental dan kesejahteraan dalam kalangan belia melalui program hampir lima jam ini.

“Program sebegini amat penting kerana ramai dalam kalangan remaja tidak sedar mereka sedang mengalami tekanan atau masalah emosi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya melalui program itu juga, peserta boleh mendapatkan maklumat dan sesi konsultasi berkaitan kesihatan mental dan fizikal, tanda-tanda awal masalah kesihatan mental dan cara mengatasinya.

“Apa yang lebih penting, program ini juga dapat mengurangkan stigma terhadap isu kesihatan mental supaya generasi muda lebih terbuka untuk mendapatkan sokongan yang diperlukan,” katanya.

Sementara itu Pengetua SMK Taman Yarl, Dr. Ahmad Kamal Arifin dalam ucapannya turut menekankan kepentingan kesihatan mental dalam kalangan pelajar dan komitmen sekolah terhadap kesejahteraan murid.

“Sekolah menyokong sepenuhnya inisiatif sebegini yang dapat memberi manfaat jangka panjang kepada komuniti pelajar,”ujarnya.

Program berkenaan turut mendapat sokongan daripada beberapa penaja strategik antaranya Ajuwa Yusof, Yakult, Adamidea, dan Kelantan Gold Trade. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast