KUALA LUMPUR – “Aku dah lama cari kau. Tahulah apa nasib kau nanti,” itu jeritan yang didakwa dikeluarkan seorang penyanyi lelaki legenda.
Gara-gara herdikan secara tiba-tiba di depan orang ramai semalam penyanyi, Shila Amzah mengalami trauma dan ketakutan.
Susulan itu, Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 35, tampil membuat laporan polis pada hari sama.
Insiden itu dikatakan berlakudi Stadium Merdeka di sini sekitar pukul 11 pagi selepas Shila selesai latihan persembahan di atas pentas dan bertembung dengan artis lelaki berkenaan.
Polis dalam satu kenyataan sebelum ini turut mengesahkan menerima laporan pada pukul 5.31 petang di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi.
Kes kini disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Antara antara artis lelaki legenda yang terlibat dalam konsert itu adalah Amy Search dan Datuk Awie namun difahamkan vokalis Wings tidak berada di lokasi itu semalam.
Sebelum ini, Shila pernah tampil menyatakan sokongan padu terhadap rakan selebriti Nabila Huda susulan kontroversi yang melanda pelakon itu berhubung isu kontroversi melibatkan ibu tirinya, Nourish Hassan baru-baru ini.
Ibu kepada dua anak itu menzahirkan empati mendalam terhadap situasi yang dihadapi Nabila malah mengakui memahami perasaan pelakon berkenaan.
Ia selepas Nabila mengaku jijik menggelar wanita itu sebagai ibu tiri sebaliknya lebih selesa dengan panggilan
Jelasnya, dia hanya mempunyai seorang ibu iaitu wanita yang menjadi ‘cinta pertama’ ayahnya, Datuk Amy Search.
Nabila berkongsi mengenai hal tersebut selepas diminta menjelaskan status hubungan bersama bapanya yang didakwa mempunyai masalah.
Bagaimanapun, Nabila berkata, tidak wujud sebarang konflik antara dia dengan Amy melainkan disebabkan ibu tirinya. – MalaysiaGazette















