Foto: FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan mencemar duli berjalan kaki sejauh 3.2 kilometer sambil meninjau tahap kebersihan persekitaran di Jalan Gallagher, Taman Duta di sini, pagi tadi.

Dalam tinjauan secara mengejut di awal pagi itu, baginda menegur keadaan longkang tersumbat serta sampah-sarap yang dibuang di tepi jalan.

Foto: FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Baginda bertitah agar pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan bagi memastikan kawasan persekitaraan sentiasa bersih dah selamat.

“Pembuangan sampah sarap di tepi jalan bukan sahaja menjadi pembiakan aedes, namun boleh menjejaskan kesihatan para penghuni di kawasan sekitarnya.

Foto: FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

“Begitu juga saya melihat terdapat dahan-dahan pokok besar di atas jalan raya yang boleh mengundang bahaya kepada orang ramai khususnya penunggang motosikal di waktu malam,” titah baginda menerusi laman sosial Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.

Turut bersama mengiringi baginda pada aktiviti senaman berjalan kaki pagi tadi itu ialah Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Tan Sri Azmi Rohani dan Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara, Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini serta kakitangan Istana Negara. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast