GEORGE TOWN – Bekas pembantu penyelia gudang di Singapura kerugian RM500,000 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan dalam talian yang tidak wujud di Sungai Bakap, dekat sini, baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, lelaki berusia 53 tahun itu terjumpa iklan di Facebook yang mempromosikan pelaburan saham pada 21 Mac lepas, sebelum berhubung dengan seorang wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai “Liane”.

“Suspek memperkenalkan mangsa dengan pelaburan melalui aplikasi mudah alih yang  menawarkan pulangan tinggi dalam tempoh singkat. Terpengaruh dengan janji keuntungan lumayan, mangsa memuat turun aplikasi itu serta mula melabur.

“Bermula 22 Mac hingga 24 Jun, lelaki itu telah melakukan 22 transaksi ke enam akaun bank berasingan yang disediakan suspek melibatkan jumlah keseluruhan RM500,000. Bagaimanapun, selepas pembayaran dibuat mangsa tidak dapat mengakses aplikasi tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Alwi berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mengesan rangkaian sindiket tersebut dengan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast