Penyanyi, Shila Hamzah . Foto AFFAN FAUZI, 11 SEPTEMBER 2022.

KUALA LUMPUR – Polis telah merakam keterangan empat individu termasuk saksi di lokasi kejadian penyanyi wanita diherdik oleh seorang penyanyi legenda ketika sesi latihan konsert baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, suspek yang terbabit dalam kejadian itu juga sudah dirakam keterangan.

Katanya, punca serangan secara verbal itu adalah dipercayai akibat rasa tidak puas hati lelaki berkenaan terhadap penyanyi Shila Hamzah.

“Siasatan kita mendapati punca kejadian ini adalah rasa tidak puas hati suspek terhadap pengadu yang mencampuri masalah keluarganya,” katanya seperti yang dilaporkan sebuah portal berita hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN

https://malaysiagazette.com/2025/07/11/polis-siasat-insiden-shila-amzah-diserang-penyanyi-legenda/

https://malaysiagazette.com/2025/07/11/shila-amzah-trauma-diherdik-penyanyi-legenda/

Tambah beliau, setakat ini tiada laporan tambahan yang diterima oleh pihak polis berhubung kes berkenaan.

Jumaat lalu, Mohamed Usuf Jan mengesahkan, pihak polis telah membuka satu kertas siasatan berhubung laporan yang dibuat penyanti Nurshahila Amir Amzah atau lebih dikenali sebagai Shila Amzah yang mendakwa diserang seorang penyanyi legenda.

Beliau berkata Shila telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 5.31 petang Khamis.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast