Polis menemukan sebuah Perodua Myvi di Ladang Keratong 9 dekat Muadzam Shah ketika menjalankan rondaan cegah jenayah pada malam tadi.

ROMPIN – Sebuah kereta Perodua Myvi dan barang kemas milik seorang guru sekolah agama yang disamun minggu lalu kini ditemukan semula semalam.

Ketua Polis Rompin, Superintendan Sharif Shai Sharif Manjoi berkata, kereta tersebut ditemui di Ladang Keratong 9, dekat Muadzam Shah kira-kira pukul 8.30 malam tadi semasa polis menjalankan tugasan meronda cegah jenayah.

Hasil pemerikasaan ke atas kenderaan berkenaan mendapati ia kereta Myvi tersebut telah dilaporkan hilang pada kejadian sebelum ini.

Pemeriksaan di dalam kereta tersebut juga telah menemui seutas gelang berwarna kekuningan dipercayai milik pengadu yang hilang kejadian pada 8 Julai lalu.

Jelasnya, anggota polis Rompin telah menjalankan proses pengesanan cap jari pada Myvi berkenaan namun gagal menemukan kesan cap jari kerana suspek dipercayai telah menghapuskan bukti.

Terdahulu dalam kejadian 8 Julai lalu, seorang guru sekolah agama swasta berputih mata selepas menyedari kenderaan Myvi dilarikan apabila bangun tidur di kediamannya di di Prima Gadak, di Muadzam Shah.

Mangsa berusia 33 tahun itu tinggal bersama dua orang anak kecil di rumahnya kerana suami beliau bertugas syif malam di sebuah kilang berhampiran.

Selain Myvi, mangsa turut kehilangan telefon bimbit, iPad, beg tangan, kad pengenalan, MyKid anak, kad bank, barang kemas, wang tunai RM250 serta sebuah laptop jenama Lenovo. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast