KUANTAN – Polis mengesahkan rangka ditemui di kawasan semak di Bukit Mendi di Bera pada 2 Mei lalu merupakan lelaki yang dilapokan hilang setahun lepas.
Ketua Polis Daerah Bera, Superintenden Zulkiflee Nazir berkata, keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) menunjukkan 99.9999 % ia milik mangsa, Hanafi Mohamad, berusia 49 tahun.

”Keputusan makmal Jabatan Kimia yang diterima menunjukkan padanan DNA dengan waris tepat.
“Keputusan yang diterima itu sekali gus merungkai misteri kehilangan lelaki tersebut,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Pada 3 Mei lalu, MalaysiaGazette melaporkan seorang lelaki menemukan rangka dan tengkorak manusia di belakang sebuah rumah di Felda Bukit Mendi, ketika membersihkan semak-samun.
Polis berkata, pengadu berkenaan menyangka penemuan itu hanya sekadar patung namun setelah diteliti ia benar-benar rangka manusia. – MalaysiaGazette
















